Doktor ditahan cabul pekerja klinik

Iklan
Seorang kakitangan wanita di sebuah klinik mendakwa dicabul doktor. (Foto hiasan)

JASIN - Seorang doktor lelaki diberkas polis selepas disyaki mencabul seorang kakitangan wanita di sebuah klinik 24 jam di sini, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi, berkata, suspek berusia 29 tahun ditahan selepas tampil menyerah diri di Balai Polis Merlimau pada jam 3.15 pagi susulan mangsa membuat laporan polis di balai polis berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika kejadian mangsa berusia 19 tahun mendakwa suspek yang telah berkahwin tiba-tiba bertindak meraba beberapa bahagian di tubuh badannya ketika mereka sedang berbual.

"Polis menerima laporan polis mengenai kejadian itu daripada mangsa pada jam 2.24 pagi.

Iklan

"Pada jam 3.15 pagi tangkapan telah dibuat selepas suspek tampil menyerah diri di balai polis," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa bekerja di klinik itu sejak September tahun lalu dan ketika kejadian terdapat staf lain di dalam klinik tersebut.

Iklan

"Namun rakan sekerjanya tidak menyedari mangsa telah dicabul oleh doktor tersebut.

"Suspek kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!