AMMAN - Lebih 8,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Semenanjung Gaza telah dirawat kerana kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut, termasuk 1,600 dengan kes teruk yang membawa kepada 28 kematian, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Semasa sidang media di Geneva pada Rabu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menjelaskan bahawa sebahagian besar penduduk Semenanjung Gaza, yang terjejas teruk akibat konflik dengan Israel, sedang menghadapi tahap kekurangan makanan yang amat kritikal dan keadaan hampir kebuluran.