Lebih 2,000 pelajar MRSM sedar bahaya rasuah

Iklan
Hampir 800 pelajar terlibat sebagai peserta sempena program Jelajah Antirasuah MRSM di MRSM Sultan Azlan Shah di sini pada Khamis.

KUALA KANGSAR - [DIKEMAS KINI] Seramai 2,476 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berjaya mengikuti program Jelajah Antirasuah MRSM Siri 2 selama empat hari program berlangsung sejak 10 Jun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin berkata, sepanjang program yang berlangsung, pelajar didedahkan tentang bahaya rasuah selain mereka turut tampil dengan pelbagai idea bagi membendung jenayah tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bukan sahaja pelajar, malah guru-guru dan pentadbir sekolah turut dilibatkan agar kefahaman tentang rasuah lebih menyeluruh.

Guru dan pentadbir sekolah turut diberikan pendedahan tentang bahaya rasuah sempena program Jelajah Antirasuah MRSM di MRSM Sultan Azlan Shah pada Khamis.

"Apabila kita berkongsi dengan guru, kita harap guru ini boleh jadi contoh untuk diteladani pelajar. Oleh itu, untuk melengkapkan ekosistem yang ada di MRSM ini, setiap pergerakan dalam jelajah ini, pertemuan pastinya dilakukan dengan pentadbir dan guru sekolah bersama pelajar.

Iklan

"Ini satu kesempatan yang kita kena ambil dan hargai untuk kita betul-betul reset negara kita melalui benteng paling kukuh iaitu melalui sistem pendidikan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena program Jelajah Antirasuah MRSM di MRSM Sultan Azlan Shah di sini pada Khamis.

Pelajar turut diberikan peluang berkongsi pandangan mereka mengenai rasuah sempena program Jelajah Antirasuah MRSM di MRSM Sultan Azlan Shah pada Khamis.

Menurutnya, MRSM Sultan Azlan Shah merupakan lokasi paling ramai peserta iaitu lebih 800 orang berbanding tiga MRSM yang lain.

Iklan

Nurhayati memaklumkan siri jelajah tersebut akan meneruskan perjalanan ke utara Semenanjung Malaysia pada bulan Ogos dan September depan.

Nurhayati menyerahkan poster 'Pijak & Tolak Korupsi' kepada Nik Shahrullazwar sempena program Jelajah Antirasuah MRSM di MRSM Sultan Azlan Shah pada Khamis.

Sementara itu, Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat MRSM Sultan Azlan Shah, Nik Shahrullazwar Nik Dir berkata, program jelajah yang dilaksanakan itu amat dialu-alukan kerana ia memberi kesedaran di peringkat akar umbi tentang kesedaran terhadap jenayah rasuah.

Katanya, amatlah penting untuk pelajar dan guru-guru memahami betapa seriusnya kesan perbuatan rasuah bukan sahaja merosakkan diri, keluarga serta masyarakat tetapi negara turut berdepan masalah.

Sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan sempena program Jelajah Antirasuah MRSM di MRSM Sultan Azlan Shah pada Khamis.

Dalam pada itu, seorang pelajar yang ditemui, Shamel Safwan Sapri, 17, mengakui program dilaksanakan Rasuah Busters dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) banyak memberi manfaat kepada peserta yang mengikutinya.

"Apa yang paling penting ia memberikan kesedaran kepada pelajar sekolah menengah betapa buruknya kesan rasuah terhadap keluarga, masyarakat dan negara.

Shamel Safwan

"Selain itu juga program ini menjadikan masyarakat lebih cakna dan tahu bagaimana untuk uruskan masalah rasuah ini apabila berlaku dalam kalangan masyarakat," katanya.

Jelajah Antirasuah MRSM merupakan program usaha sama Mara serta Rasuah Busters yang bermula pada 10 hingga 14 Jun ini melibatkan empat institusi iaitu di MRSM Pasir Salak, MRSM Parit, MRSM Taiping dan MRSM Sultan Azlan Shah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!