'Diva kampung' tema Pesta Kucing Tomkraf 2024

Iklan
Nurul Husna

SHAH ALAM - Pesta Kucing Tomkraf 2024 bakal dilaksanakan di Karnival Rakyat yang berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Julai ini.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Tomkraf, Nurul Husna Azmi berkata, pertandingan pakaian kucing tercantik merupakan aktiviti utama dijalankan pada hari kemuncak dengan menerima penyertaan yang terhad.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pertandingan tersebut membawakan tema Karnival Rakyat yang mana haiwan peliharaan itu perlu dihiaskan dengan watak diva kucing kampung.

"Penilaian yang dibuat oleh juri bukanlah mencari kucing cantik dari segi mata atau bulu, tetapi untuk melihat mereka didandankan dengan kreatif oleh tuan masing-masing.

Iklan

"Penyertaan terhad sehingga 15 ekor kucing sahaja, jadi setiap haiwan peliharaan itu akan menerima sijil penyertaan.

"Pemenang tempat pertama hingga ketiga akan membawa pulang wang tunai sehingga RM300 disertakan dengan pek makanan daripada Tomkraf,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Karnival Rakyat Karangkraf dianjurkan sempena memperingati ulang tahun ke-18 Sinar Harian.

Tujuan utama penganjuran karnival berkenaan adalah untuk meraikan keunikan warisan budaya Malaysia dan memberikan penghormatan kepada pembaca Sinar Harian yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, agama serta keturunan.

Tambah Nurul Husna, pengunjung yang hadir ke karnival berkenaan turut berpeluang untuk mengangkat kucing yang sudah divaksinkan, dimandulkan dan memang dijaga bersih secara percuma.

Ujarnya, sebanyak 50 ekor kucing akan diberikan kepada pemilik baharu sekali gus menerima pek makanan buatan Malaysia, Tomkraf.

"Sebenarnya, kami sedang melaksanakan kempen 1 rumah 1 kucing, bagi menjayakannya, kami berikan kucing-kucing yang dijaga dengan bersih ini kepada tuan yang baharu,” ujarnya.

Selain itu, Nurul Husna memaklumkan pelbagai aktiviti menarik dijalankan kepada mereka yang hadir ke Karnival Rakyat tersebut, namun tidak berpeluang untuk memanjakan haiwan peliharaan masing-masing.

"Ada pelbagai lagi aktiviti menarik buat si manja dan pemilik kucing seperti Klinik Tomkraf, Spa Tomkraf dan jualan promosi juga kita laksanakan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!