Mandat: Antara seranah dan RM4 bilion
Iklan
PERKARA wahid membuka ruangan Jumaat ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas penarikan subsidi diesel telah dipetik berkata:"Saya yakin dan tidak kisah untuk rakyat maki saya berbakul-bakul. Saya ada mandat, saya akan lakukan.”
Sebagai konteks, setelah berbulan spekulasi berlegar di media massa, Ahad lalu kerajaan akhirnya menarik semula pemberian subsidi bahan api – bermula dengan diesel – sekali gus mengapungkan harga mengikut pasaran semasa.