3DAV kembali lonjakkan Nokia
Iklan
MEMILIKI telefon bimbit jenama Nokia pada awal era 1990-an dianggap lambang kemewahan. Bukan semua mampu memiliki telefon bimbit Nokia. Ada keluaran tertentu jenama Nokia berharga hampir RM10,000 ketika itu dan dianggap sangat eksklusif.
Paling menarik, Nokia memasuki pasaran perniagaan bukan sebagai syarikat telefon bimbit. Ia berniaga pelbagai bidang termasuk kertas, getah dan barangan keperluan tentera.