Siar aksi buli secara langsung di media sosial

Iklan
Aksi pelajar SMP berusia 14 tahun itu disiarkan secara langsung menerusi Instagram. - Agensi

BEKASI - Seorang pelajar perempuan sekolah menengah pertama (SMP) di sini mengalami lebam dan luka teruk selepas dibuli oleh sekumpulan pelajar perempuan lain di kawasan Jatirahayu pada Jumaat lalu.

Malah insiden dia ditampar, ditendang dan dipukul disiarkan secara langsung menerusi platform Instagram.

Iklan
Iklan

Menurut laporan media tempatan, ayah mangsa Nur Arifin, 46, yang menyaksikan perbuatan itu menerusi klip berkenaan menegaskan, perbuatan buli yang dilakukan ke atas anaknya itu tidak boleh diterima sama sekali.

"Saya fikir perlakuan mereka ini (pembuli) keterlaluan dan sudah melampaui batas," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Iklan

Susulan itu ujarnya, satu laporan polis telah dibuat di balai Polis Metro Bekasi Kota.

Mereka yang dilaporkan adalah seramai empat orang, di mana dua daripadanya adalah yang bertindak menyiarkan insiden itu secara langsung.

Iklan

Difahamkan insiden itu berlaku, apabila mangsa dituduh menyebarkan gosip oleh pelaku yang akhirnya membuatkan dia marah dan bertindak sedemikian.

Sementara itu, Ketua Bahagian Jenayah Bekasi Kota, Muhammad Firdaus mengatakan, pihaknya kini sudah melakukan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan.

"Kita sudah menyiasat ayah mangsa, mangsa dan kakak mangsa.

"Seterusnya kita akan memeriksa kesemua pelaku yang terlibat," katanya.

Mereka yang terlibat bakal dikenakan tindakan undang-undang menurut Fasal 80 UU RI No 17 Tahun 2016 Tentang Perlindungan Anak.- Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!