Perjuangan dan pengorbanan seorang bapa dalam memastikan kesejahteraan keluarganya adalah suatu kisah epik yang penuh dengan cinta serta dedikasi.
Dalam Islam, pengorbanan seorang bapa adalah satu manifestasi kasih sayang yang suci dan tulus. Seorang bapa adalah tonggak keluarga yang memikul tanggungjawab berat dalam memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan ahli keluarganya.
Peranan dan pengorbanan bapa bukan sahaja dilihat dalam konteks duniawi, tetapi juga dalam konteks ukhrawi yang meliputi kehidupan di akhirat.
Menurut pendakwah muda yang juga Pencetus Ummah (PU), Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali PU Amin, pengorbanan seorang bapa tidak berhenti apabila dia meninggal dunia, ini kerana dalam Islam ada konsep amal jariah di mana pahala terus mengalir walaupun seseorang itu telah meninggal dunia.
"Salah satu cara seorang bapa boleh meneruskan pengorbanannya adalah melalui hibah harta dan sedekah jariah. Dengan mengatur harta melalui takaful atau wasiat, seorang bapa boleh memastikan bahawa keluarganya masih terjaga dan dilindungi selepas ketiadaannya.
"Perancangan kewangan yang bijak adalah kunci untuk memastikan kestabilan masa depan keluarga. Ini termasuk menyimpan wang untuk pendidikan anak-anak, membuat pelaburan dan merancang persaraan. Dalam hal ini, pengurusan kewangan yang baik adalah satu bentuk pengorbanan kerana ia memerlukan disiplin dan pengetahuan yang mendalam.
"Contohnya, seorang bapa boleh menyediakan hibah harta takaful semasa hayat masih ada. Ini akan memberi manfaat besar kepada anak-anak dan isteri yang kehilangan tonggak utama keluarga,” hurai PU Amin pada program Podcast POV Sinar Islam Plus bertajuk ‘Tanggungjawab Seorang Bapa dalam Merancang Masa Depan Yang Terjamin’ yang dibawakan oleh InsureLit daripada Sun Life Malaysia, salah satu pengendali takaful keluarga yang terkemuka di Malaysia.
InsureLit merupakan kempen yang dilancarkan oleh Sun Life Malaysia untuk meningkatkan literasi kewangan di kalangan rakyat Malaysia dan Takaful Podcast ini adalah salah satu inisiatif daripada kempen InsureLit kami.
Hibah harta takaful: Langkah bijak seorang bapa
Jelas PU Amin lagi, menguruskan harta dengan bijak serta menyediakan hibah takaful adalah tindakan yang penting bagi seorang bapa.
Manfaat hibah dalam takaful merujuk kepada pemberian manfaat takaful selepas orang yang dilindungi atau peserta takaful meninggal dunia. Hibah diberikan kepada peserta takaful yang dikehendaki yang telah dinamakan atau dikenali sebagai benefisiari di dalam sijil takafulnya.
Dalam erti kata lain, seorang bapa yang mengambil pelan takaful sebagai orang yang dilindungi dan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepadanya, sejumlah wang manfaat akan diberikan kepada ahli keluarganya yang dinamakan melalui hibah secara terus tanpa melalui proses-proses lain yang renyah. Dengan usaha seorang bapa ini, diharap sedikit sebanyak boleh mengurangkan beban emosi dan kewangan ahli keluarga yang ditinggalkannya.
Justeru itu, perjuangan seorang bapa dalam memastikan kesejahteraan keluarganya adalah pengorbanan yang tiada tolok bandingnya. Melalui langkah bijak seperti hibah harta takaful, seorang bapa dapat terus memberikan perlindungan kepada keluarganya walaupun selepas ketiadaannya.
Tambah beliau, pendidikan kepada ahli keluarga tentang pentingnya perlindungan kewangan juga harus ditekankan.
"Ini adalah satu inisiatif yang sangat penting untuk mendidik masyarakat tentang manfaat takaful dan perlindungan kewangan melalui takaful,” katanya.
Sun Prime Link-i: Perlindungan dan pelaburan yang komprehensif
Sun Life Malaysia menawarkan produk takaful Sun Prime Link-i yang direka untuk menyediakan manfaat perlindungan kewangan sehingga usia 99 tahun dengan elemen pelaburan.
Dengan Sun Prime Link-i, anda boleh menikmati manfaat perlindungan daripada risiko kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal di samping pelbagai pilihan perlindungan tambahan atau rider bagi memastikan perlindungan yang diterima adalah menyeluruh dan komprehensif.
Tambahan pula pelan ini juga boleh dipertingkatkan dengan rider pilihan seperti Prime Family Critical Care-i yang turut melindungi ahli keluarga yang lain.
Produk ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin memastikan kesejahteraan kewangan keluarga dalam jangka masa panjang sambil mengejar pertumbuhan pelaburan yang berpotensi tinggi.
Dengan produk seperti Sun Prime Link-i dan Prime Family Critical Care-i dari Sun Life Malaysia, perlindungan kewangan dan pelaburan dapat disatukan untuk memastikan masa depan yang lebih terjamin bagi keluarga yang tersayang.
Gerak hati Thamotaran beri manfaat besar kepada sekeluarga
Bagi memahami betapa besarnya gerak hati dan pengorbanan seorang pemandu teksi bernama Thamotaran untuk masa depan keluarganya, hayati kisah menyentuh hati dalam video ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sun Prime Link-i dan pelbagai produk takaful lain, anda boleh melayari laman web Sun Life Malaysia di www.sunlifemalaysia.com.
Jangan lepaskan peluang untuk terus mengikuti perkembangan terkini Sun Life Malaysia di platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok.
Pelan ini diuruskan oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad [Nombor Pendaftaran: 200501012215 (689263-M)].
*Ahli PIDM
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/polisi/kontrak yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat
Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Sun Life Malaysia Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).