Warisan nafi daftar ahli guna kad pengenalan palsu

Iklan
Parti Warisan (Warisan) menafikan dakwaan terdapat pendaftaran keahlian dalam parti itu menggunakan kad pengenalan palsu. Gambar hiasan. Gambar kecil: Loretto Padua Jr

KOTA KINABALU - Parti Warisan (Warisan) menafikan dakwaan terdapat pendaftaran keahlian dalam parti itu menggunakan kad pengenalan palsu.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua Jr berkata, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas dan berniat jahat tersebut.

Iklan
Iklan

"Tuduhan disebarkan di media sosial sebagai satu usaha yang terancang untuk melemahkan dan mencemarkan reputasi Warisan.

"Ketulenan dan pengesahan sesuatu dokumen pengenalan diri hanya boleh dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Loretto berkata, tindakan itu disifatkan sebagai taktik pengecut yang direka untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kegagalan ketara kerajaan Gabungan Rakyat Rakyat (GRS) dalam pentadbiran negeri.

"Ini termasuk isu-isu yang masih belum selesai seperti kekurangan bekalan air, kekerapan gangguan bekalan elektrik dan keadaan jalan yang teruk.

Iklan

"Menggunakan taktik licik dan tuduhan tidak berasas seperti ini menunjukkan betapa terdesaknya kerajaan GRS untuk kekal berkuasa walau dengan apa cara sekalipun walaupun mereka dilihat gagal mentadbir wilayah Sabah," katanya.

Sebelum itu, tular satu hantaran di Facebook berkaitan dakwaan seorang ahli Warisan di penjara kerana menggunakan Mykad palsu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!