BAGI seorang wanita bergelar ibu, tiada yang lebih membahagiakan apabila berjaya melaksanakan penyusuan badan secara eksklusif kepada cahaya mata sendiri.
Namun begitu, untuk mencapai matlamat tersebut bukan mudah sekiranya tidak disusuli dengan usaha, kaedah dan sokongan daripada individu sekeliling.
Perkara tersebut diakui oleh pelakon dan penyanyi dari seberang, Tya Arifin yang juga menantu kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Justeru, ikuti perkongsian positif @tyaarifinnw lima cara memperbanyakan susu badan khususnya kepada golongan ibu baharu.Tip:
1) Para ibu perlu sentiasa berfikiran positif.
2) Jangan tertekan kerana ia akan mempengaruhi produksi air susu badan.
3) Minum air putih sekurang-kurangnya tiga hingga lima liter seharu bagi mengelakkan dehidrasi yang boleh menjejaskan pengeluaran air susu.
4) Sentiasa melakukan rutin mengepam untuk mengosongkan payudara.
5) Selepas kosong secara automatik ia akan mengeluarkan air susu yang lebih banyak.
Sumber: @tyaarifinnw @journeywithtya