Penganggur dicekup miliki 530 pil yaba

Iklan
Seorang penganggur dicekup selepas diperacayai memiliki 530 biji pil yaba dalam serbuan di Pengkalan Ikan Mega Tok Bali, Cherang Ruku, Pasir Puteh pada Khamis.

PASIR PUTEH - Seorang penganggur dicekup selepas diperacayai memiliki 530 biji pil yaba dalam serbuan di Pengkalan Ikan Mega Tok Bali, Cherang Ruku, di sini pada Khamis.

Suspek yang merupakan warga Myanmar berusia 30 tahun itu dicekup pada jam 7.30 malam selepas berada dalam keadaan mencurigakan di atas sebuah bot.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, sejurus ditahan anggota bertugas telah melakukan pemeriksaan dan menjumpai 530 biji pil disyaki dadah jenis yaba bersama suspek.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurut beliau, reman terhadap suspek akan dipohon selama tujuh hari bermula Jumaat untuk siasatan lanjut.

Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!