[VIDEO] Jual nasi lemak RM1 masih ada untung

Iklan

BACHOK - Walaupun dengan kenaikan kos bahan mentah ketika ini, seorang pemuda masih mampu menjual nasi lemak dengan harga RM1 sebungkus.

Mohamed Fitrie Mohd Rozi, 21, dari Melor, Kota Bharu itu berkata, dia masih mampu meraih untung walaupun dijual pada harga tersebut.

Kenaikan bos bahan mentah ketika ini sama sekali tidak menggugat semangat Mohamed Fitrie menjual nasi lemak dengan harga RM1 sebungkus.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, setiap hari saya mampu menjual sebanyak 150 bungkus dalam tempoh dua jam bermula 9 pagi.

"Nasi lemak ini saya sertakan bersama ikan bilis goreng serta sambal," katanya ketika ditemui di Bandar Baru Jelawat, di sini.

Iklan
Setiap hari Mohamed Fitrie mampu menjual sebanyak 150 bungkus dalam tempoh dua jam bermula 9 pagi.

Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, nasi lemak tersebut dimasak sendiri dan dibantu oleh ibunya, Rosliza Ali, 56.

Ujarnya, dia terpaksa memilih untuk berniaga nasi lemak selepas gagal menamatkan latihan ketenteraan di sebuah kem di Negeri Sembilan kerana disahkan menghidap penyakit paru-paru.

Iklan

"Saya sepatutnya tamat latihan Julai ini, namun tiada rezeki apabila terpaksa mengundur diri pada April lalu.

Mohamed Fitrie berniaga nasi lemak RM1 di Bandar Baru Jelawat, Bachok.

"Mujurlah ibu sudah biasa berniaga makanan, dari situ dia meminta saya menjual nasi lemak RM1 untuk kelangsungan hidup," ujarnya.

Selain nasi lemak, dia turut menjual mi celup dan nasi ayam pada harga RM5 sebungkus.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!