PM beri sumbangan kepada 29 masjid, 13 surau sempena Aidiladha

Iklan
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan Aidiladha sebanyak RM113,000 serta 42 ekor lembu kepada 29 masjid dan 13 surau di Parlimen Indera Mahkota pada Khamis.(Gambar hiasan) Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan Aidiladha sebanyak RM113,000 serta 42 ekor lembu kepada 29 masjid dan 13 surau di Parlimen Indera Mahkota pada Khamis.

Anwar menerusi perkongsian di laman Facebooknya berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau mengadakan pertemuan dengan ahli jawatankuasa masjid dan surau bagi kawasan Parlimen itu.

Iklan
Iklan

"Semoga masyarakat Indera Mahkota dapat menjalani ibadah korban pada tahun ini dengan penuh kesyukuran, insya-ALLAH,” menurut catatan itu.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada Isnin depan (17 Jun).

Iklan

Aidiladha: Selangor sumbang 700 ekor lembu, 1,000 kambing

Sementara itu, di SHAH ALAM, SELANGOR kerajaan negeri menyumbang 700 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing bagi menjayakan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini.

Iklan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, untuk tujuan itu, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi menampung rakyat tidak berkemampuan melaksanakan ibadah berkenaan.

"Semua sumbangan ini akan diagih ke masjid dan surau di seluruh negeri,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Amirudin berkata, dalam mencapai kualiti ibadah korban yang terbaik, kerajaan negeri menetapkan syarat kepada pembekal seperti berat minimum untuk lembu ialah 270 kilogram (kg) manakala 100kg untuk kambing.

"Seperti tahun-tahun sebelumnya, kerajaan negeri tidak pernah terlepas menyumbang untuk ibadah korban. Moga manfaatnya dirasai oleh umat Islam yang memerlukan,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!