Peraturan baharu MM2H diluluskan

Iklan
Tiong King Sing

KUALA LUMPUR - Peraturan baharu bagi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) mendapat kelulusan Kabinet dan pengumuman mengenai perinciannya dijangka dibuat dalam masa terdekat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Sesi Pemantapan Pelan Tindakan Pemasaran Pejabat Tourism Malaysia Luar Negara di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan

King Sing berkata, dengan pelaksanaan peraturan baharu itu, pihaknya mahu syarikat atau ejen yang menyediakan program MM2H memberi perkhidmatan yang terbaik sekali gus menjaga imej negara.

MM2H diperkenalkan pada 2002 yang membenarkan warga asing membeli hartanah dan tinggal di Malaysia sebelum dibekukan sementara pada Ogos 2020 bagi memberi ruang kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengkaji serta menilai semula program itu secara komprehensif.

Iklan

Sejak Oktober 2021, permohonan baharu MM2H dikendalikan Jabatan Imigresen merangkumi urusan berkaitan perkhidmatan pemprosesan permohonan sedia ada dan logistik.

Sementara itu, King Sing berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan bersama-sama pengusaha bas persiaran pada Julai ini bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung masalah dihadapi pengusaha bas persiaran.

Iklan

Beliau berkata mesyuarat itu antara lain sebagai persediaan bagi program Tahun Melawat Malaysia 2026. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!