Kelebihan Hari Arafah

Iklan
UMAT Islam berhimpun di Padang Arafah bagi menyempurnakan rukun haji iaitu wukuf di Arafah.

UMAT ISLAM yang mengerjakan ibadah haji akan melakukan rukun haji iaitu wuquf di Arafah yang dilakukan setiap 9 Zulhijah di padang Arafah dan hari tersebut digelar sebagai Hari Arafah.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat banyak kelebihan Hari Arafah, antaranya:

Iklan
Iklan

1 - Wukuf di Arafah salah satu rukun daripada ibadah haji

2 - Hari disempurnakan agama

Iklan

Umar bin al-Khattab RA menjelaskan seorang lelaki telah bertanya kepadanya: "Wahai Amir al-Mukminin, satu ayat di dalam kitab kamu (al-Quran) yang kamu membacanya, jika ia ke atas kami sekalian bangsa Yahudi, maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan. Umar bertanya: Apakah ayat itu? Dia berkata:"AKU telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan AKU telah cukupkan nikmat-KU kepada kamu. Dan AKU telah reda Islam itu menjadi agama untuk kamu” (Surah al-Maidah: 3). Umar berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke atas Nabi SAW ketika baginda berdiri di Arafah pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

3 - Hari raya buat umat Islam

Iklan

Uqbah bin Amir RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum.” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan An-Nasa'i)

PERHIMPUNAN umat Islam di Arafah merupakan kemuncak ibadah haji dan rukun haji yang wajib dilakukan. Foto CANVA

4 - Hari Arafah adalah hari penyaksian

Abu Hurairah RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda: "Hari yang dijanjikan adalah hari Kiamat, hari Mayshud adalah hari Arafah serta asy-Syahid adalah hari Jumaat.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

5 - Kebesaran berdoa di Hari Arafah

Abdullah bin ‘Amr meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

6 - Puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas

7 - Hari keampunan dan pelepasan daripada api neraka

Aisyah RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda: "Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-NYA daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah.” (Hadis Riwayat Muslim)