DBKL tutup premis pelacuran

Iklan
Pemeriksaan ke atas premis rumah urut disyaki menjalankan aktiviti pelacuran pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Dua premis tidak berlesen disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di Seputeh disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Khamis.

Menerusi Facebook DBKL memaklumkan, tindakan penutupan serta-merta itu dijalankan di bawah di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Iklan
Iklan

Menurutnya, DBKl turut mengeluarkan tujuh kompaun atas pelbagai kesalahan menerusi Operasi Tindakan Khas Pusat Urut di sekitar Parlimen itu.

Pekerja rumah urut yang disyaki menawarkan perkhidmatan pelacuran kepada pelanggan.

"Kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 79(1) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) dan UUK 20(1)(b) selain UUK Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, UUK 5(1) serta UUk Iklan (WP) 1982.

Iklan

"Dua premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan sah telah dikenakan tindakan tutup serta-merta dan barangan yang berkaitan dengan perniagaan juga turut disita.

"Kesemua barangan yang disita telah dihantar dan disimpan di stor Jalan Lombong, Cheras, Kuala Lumpur," menurut perkongsian di Facebook pada Jumaat.

Iklan

Ujar kenyataan itu, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di http://adukl.dbkl.gov.my