Shereen yang berlari di lorong ketiga, berjaya mara dengan catatan masa 55.44 saat mengatasi pencabar, Nurul Faizah Asma' Mazlan (ATM) dengan 58.68 saat.
Cabaran final acara itu dijadualkan berlangsung pada Sabtu.
Atlet kelahiran Perak itu berkata, dia gembira apabila berjaya untuk mendapat tempat pertama pada separuh akhir pada Jumaat untuk layak ke peringkat akhir pada Sabtu.
"Saya tidak terlalu memikirkan masa yang direkodkan hari ini (Jumaat) sebaliknya membuat lari dengan lebih tenang tanpa sebarang tekanan.
"Saya harap dapat lakukan yang terbaik minggu ini dan keputusannya nanti dapat membantu untuk melayakkannya ke Sukan Olimpik Paris sama ada melalui merit atau rangking," katanya ketika ditemui di Stadium Darul Makmur di sini pada Jumaat.
Shereen berkata, matlamatnya layak ke Olimpik tahun ini dan dia akan cuba membuat yang terbaik untuk mencapai matlamatnya itu.
"Dua minggu lepas saya berjaya pecahkan rekod kebangsaan 400 meter apabila melakukan catatan 51.79 saat ketika menduduki tempat kedua di Music City Track Carnival, Tennessee, Amerika Syarikat.
"Pada kejohanan di Kuantan ini saya cuba fokus untuk lakukan sesuatu bagaimanapun ia bergantung kepada prestasi esok," ujarnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!