Najib mengaku beli hadiah RM3.2 juta guna kad kredit sendiri

Iklan
Najib

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau membeli hadiah untuk isteri Perdana Menteri Qatar pada 2014 menggunakan kad kredit sendiri bagi mengelak menggunakan wang awam.

Keterangan itu diberi Najib ketika ditanya mengenai pembayaran RM3.2 juta untuk pembelian hadiah di premis De Grisogono, Itali pada 2014.

Iklan
Iklan

Menurut Najib lagi, hadiah itu dibeli untuk diberikan kepada isteri Sheikh Ahmed Jassim al-Thani.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram juga bertanya mengenai tujuan Najib membuka akaun bagi kad kredit itu di Ambank sebelum itu.

Iklan

Sithambaram: Hadiah untuk ketua-ketua negara diambil dari dana kerajaan. Perdana menteri tak sepatutnya menggunakan gaji sendiri.

Najib: Ada akaun (kad kredit) dan saya tak mahu menggunakan wang awam untuk membeli hadiah kepada (isteri) Perdana Menteri Qatar. Lagipun beliau adalah kawan baik saya.

Iklan

Najib juga menegaskan hadiah tersebut mahal justeru tidak mahu dana awam digunakan untuk membelinya.

Najib berdepan tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan sejumlah dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.