SHAH ALAM - Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) yang bermesyuarat pada 12 Januari lalu mengumumkan senarai pemilihan 14 Ketua Pemuda negeri bagi sesi 2019-2022.
Pengarah Komunikasinya, Mohd Khairuddin Daud berkata, mereka yang dipilih ialah Khomeini Halipah selaku Ketua Pemuda Perlis, selain Muhamad Khairul Ali (Pulau Pinang), Mohd Ridzwan Arshad Ahmad (Kedah), Khairol Najib Hashim (Perak), Muhammad Fauzi Hashim (Selangor) dan Asmaaliff Abdul Adam (Wilayah Persekutuan).
Turut dipilih, Mohd Hanis Alimin (Negeri Sembilan), Mohamad Khomeini (Melaka), Muhammad Taqiuddin Cheman (Johor), Muhammad Ibrohim Mazalan (Pahang), Zamir Ghazali (Terengganu), Hazmi Hasan (Kelantan), Rendy Ismail (Sabah) dan Abu Toriq (Sarawak).
"Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat pada 12 Januari lalu adalah barisan Jawatankuasa Kepimpinan Pemuda Amanah Nasional 2019-2022.
"Jawatankuasa Pemuda Amanah Nasional dianggotai 48 orang termasuk 14 Ketua Pemuda Negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
INFO
Jawatankuasa Penuh Pemuda Amanah Nasional sesi 2019-2022
Ketua Pemuda
HASNUL ZULKARNAIN ABD MUNAIM
Timbalan Ketua Pemuda
SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Naib Ketua Pemuda I
MUHAMMAD TAQIUDDIN CHEMAN
Naib Ketua Pemuda II
AHMAD ZUBAIR W. AB RAHIM
Naib Ketua Pemuda III
KEVIN SHAWN GOMEZ
Naib Ketua Pemuda IV
ABBAS SALIMI AZMI
Naib Ketua Pemuda V
MOHAMAD FADILLAH SABALI
Setiausaha
MUHAMAD FADZIL AHAMAD
Timbalan Setiausaha
MOHD AZHAR ABD RAHMAN
Penolong Setiausaha I
IQBAL WAHAB
Penolong Setiausaha II
AHMAD FARIS
Setiausaha Organisasi
ZAINAL LUTFI
Bendahari
MOHD SAIFULLAH ABD NASIR
Pengarah Pembangunan Kepimpinan
KHAIROL NAJIB HASHIM
Pengarah Pilihan Raya
ASMAALIFF ABDUL ADAM
Pengarah Hal Ehwal Syariah
NIK ABDUL RAZAK NIK MD RIDZUAN
Pengarah Komunikasi
MOHD KHAIRUDDIN DAUD
Pengarah Strategi
MOHD HASBIE MUDA