Larangan guna antibiotik dalam makanan haiwan

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melarang penggunaan antibiotik di dalam makanan dan bahan tambahan makanan haiwan bagi tujuan penggalak tumbesaran serta pencegahan penyakit.

Ketua Pengarah Jabatan Veterinar, Datuk DR Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, perkara itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Lembaga Makanan Haiwan.

Iklan
Iklan

"Arahan larangan ini bermula 31 Ogos depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, enam antibiotik yang dilarang penggunaannya adalah Erythromycin, Enrofloxacin, Tetracycline, Ceftiofur, Tylosin dan Fosfomycin.

Iklan
Iklan

"Larangan ini untuk mempertingkatkan kawal selia kualiti dan keselamatan makanan haiwan demi menjamin kesihatan, keselamatan manusia dan juga haiwan," katanya.