Kita tak ada guru BI?
Iklan
AWANG sokong sangat pandangan Tan Sri Rafidah Aziz, apa perlunya bawa masuk guru Bahasa Inggeris (BI) dari Singapura? Bukankah kita punya banyak guru BI pencen? Kenapa tak gunakan khidmat mereka?
Kos bawa guru BI dari Singapura tentu mahal. Maklum sekarang RM3.46 bersamaan $1 Singapura. Tak termampu kita nak bayar gaji mereka. Tambah lagi beban kewangan negara.