SCOTLAND perlu segera melupakan kekalahan besar 1-5 kepada tuan rumah Euro 2024, Jerman dalam aksi pembuka tirai kejohanan terbesar Eropah itu.
Pengurusnya, Steve Clarke juga berharap peminat terus kekal menyokong dari belakang sebagai 'pemain ke-12' biarpun mereka menjadi belasahan di Munich awal pagi Sabtu.
Justeru, jurulatih berusia 60 tahun itu mahu anak buahnya memberi fokus kepada perlawanan kedua Kumpulan A menentang Switzerland Khamis ini.
"Kita sebuah pasukan yang bagus, namun mereka beraksi lebih baik," katanya.
Jerman memulakan aksi dengan sempurna apabila mendahului seawal minit ke-10 menerusi Florian Wirtz sebelum Jamal Musiala, Kai Havertz, Niclas Fuellkrug dan Amre Can.
Scotland yang beraksi dengan 10 pemain memperoleh gol saguhati hasil jaringan sendiri Antonio Ruediger.
"Jerman sebuah pasukan yang sempurna dan beraksi cukup bersemangat di depan penyokong sendiri.
"Sokongan ribuan peminat membezakan kami dengan Jerman. Saya harap pemain akan bangkit segera dan memberi fokus untuk aksi selepas ini," ujar Clarke.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!