Muda Pulau Pinang belum putuskan bertanding PRK Sungai Bakap

Iklan
Muhammad Danial

GEORGE TOWN - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Pulau Pinang sedang mempertimbangkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan diadakan pada 6 Julai nanti.

Ketua Penerangan Muda Pulau Pinang, Muhammad Danial Abdul Majeed berkata, ketika ini, perkara itu masih di peringkat perbincangan antara kepimpinan negeri dan Pusat.

Iklan
Iklan

"Muda masih di peringkat perbincangan sama ada akan bertanding di PRK Sungai Bakap atau tidak. Perbincangan sedang berjalan antara pimpinan negeri dengan Biro Politik Pusat.

"Apa yang saya boleh kata sekarang, ia merupakan satu keputusan yang sukar untuk Muda putuskan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Iklan

Menurutnya, pimpinan Pusat dijangka membuat keputusan mengenai perkara itu selepas Hari Raya Aidiladha nanti.

"Jadi kita di peringkat negeri, hanya tunggu keputusan Pusat yang akan dibuat nanti," tambahnya lagi.

Iklan

Ditanya mengenai senarai calon, Muhammad Danial berkata, Muda Pulau Pinang belum memberi beberapa senarai nama kepada Pusat untuk membuat keputusan.

"Jika Pusat memberi lampu hijau, mungkin calon kita di antara bekas calon yang bertanding sebelum ini. Bagaimanapun, seperti yang saya kata, ia masih di peringkat perbincangan.

"Kita perlu ada perbincangan padu untuk bertanding kerana melihat kepada situasi sekarang ini, ia amat sukar. Masih 50-50," tambahnya.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Muda bertanding di lima kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Sabah.

Lima calon itu ialah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Parlimen Muar, Shahrizal Denci (Kota Marudu), Muhammad Danial (Kepala Batas), Siti Rahayu Baharin (Tanjung Karang) dan Lim Wei Jiet (Tanjung Piai).

Sementara dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pula, Muda mempertaruhkan tiga calon iaitu H Vikneswary (Perai), Lee Kim Noor (Batu Uban) dan Priyankaa Loh (Pantai Jerejak).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!