Sanusi gagal fahami denyut nadi rakyat Kedah - Shaiful Hazizy

Iklan
Muhammad Sanusi, Shaiful Hazizy

ALOR SETAR - Kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa memberi mesej jelas bahawa kerajaan negeri dan Menteri Besar Kedah itu seperti berada dalam situasi serba tidak kena.

Ia susulan tular rakaman video kenyataan Muhammad Sanusi dalam satu program di Jitra di sini, yang meminta rakyat di Kedah berhenti menjadikan budaya meminta bantuan daripada kerajaan dan wakil rakyat.

Iklan
Iklan

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ia memandangkan tiada satu pun perancangan dan pengumuman yang dibuat berjaya dilaksanakan.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok mendakwa, kenyataan Muhammad Sanusi dilihat sangat menghina dan tidak boleh diterima.

Iklan

"Kenyataan itu juga menunjukkan kerajaan negeri ditunjangi PN tidak mampu membawa mandat diberikan dan gagal memahami denyut nadi rakyat.

"Prinsip perjuangan UMNO sentiasa meletakkan rakyat di hadapan dan sama sekali tidak memberi alasan bagi menutupi prestasi menyedihkan akibat gagal berkhidmat kepada rakyat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, UMNO sentiasa hadir dalam apa jua keadaan untuk rakyat ketika kalah mahu pun menang.

"UMNO juga tidak pernah meletakkan 'garisan' khusus antara kerajaan, parti dan rakyat itu sendiri,"katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kenyataan Muhammad Sanusi harus ditimbang tara dengan baik oleh rakyat dalam proses memperbaharui mandat pada masa akan datang.

Sebelum ini, tular video berdurasi 1 minit lapan saat memaparkan ucapan Muhammad Sanusi yang meminta rakyat di Kedah berhenti menjadikan budaya meminta bantuan daripada kerajaan dan wakil rakyat seperti bantuan membaiki bumbung rumah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!