Menjual lemang sempena Aidiladha

Iklan
Peniaga Wan Mohd Amirul Fikri Wan Mohd Khairul Anwar menjual lemang sempena Aidiladha ketika ditemui di tepi jalan berdekatan Kampung Peramu, hari ini.

Menurut Wan Mohd Amirul, dia merancang untuk berniaga selama seminggu bermula semalam dan akan membakar 600 batang lemang sehari bagi menampung pemintaan.

Sebatang lemang dijual dengan harga RM17 hingga RM23 bergantung kepada saiz.