Permohonan permit sembelihan luar boleh dibuat hingga 20 Jun

Iklan
Bekalan ternakan korban untuk Hari Raya Aidiladha di seluruh negara tahun ini dijangka mencukupi. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Permohonan bagi mendapatkan Permit Sembelihan Luar (PSL) bagi ibadah korban masih boleh dibuat sehingga 20 Jun, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Menerusi kenyataan kepada Bernama, DVS memaklumkan pemohon perlu merujuk Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah semasa mendapatkan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) ternakan bagi lokasi pengeluaran permit sama ada perlu dimohon di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah atau Rumah Sembelih DVS yang terdekat.

Iklan
Iklan

"Penyembelihan yang dijalankan di luar rumah sembelih seperti masjid, sekolah, taman perumahan dan lain-lain lokasi, perlu mendapatkan kebenaran melalui permohonan permit penyembelihan luar yang boleh dipohon di Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri atau daerah,” menurut kenyataan itu.

DVS memaklumkan bagi yang ingin membuka rumah sembelih pula boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di laman sesawang DVS di https://www.dvs.gov.my/.

Iklan

Menurut kenyataan itu, terdapat 27 rumah sembelihan jabatan itu di seluruh Semenanjung Malaysia sedia beroperasi bagi tujuan ibadah korban, ketika perayaan yang akan disambut Isnin ini.

DVS turut menganggarkan lima peratus penyembelihan luar masjid atau surau, akan melibatkan permintaan 1,776 ekor lembu atau kerbau dan 1,051 ekor kambing/bebiri.

Iklan

Sementara itu, bekalan ternakan korban untuk Hari Raya Aidiladha di seluruh negara tahun ini dijangka mencukupi, berdasarkan kepada bekalan haiwan yang telah diimport dan ternakan tempatan sedia ada di seluruh negara pada masa ini.

DVS memaklumkan stok bekalan lembu atau kerbau tempatan bagi penyembelihan hari raya korban adalah sebanyak 47,077, manakala jumlah haiwan berkenaan yang diimport sehingga Mac lepas sebanyak 2,328.

"Bagi kambing atau bebiri, bekalan tempatan untuk penyembelihan hari raya korban adalah sebanyak 33,858 ekor manakala yang diimport sehingga Mac lepas, sebanyak 1,944 ekor,” menurut kenyataan itu.

DVS turut menerbitkan Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban untuk dijadikan panduan dengan mengambil kira aspek kebajikan haiwan, keselamatan makanan serta undang-undang dan peraturan, berhubung pemantauan ternakan korban, premis dan operasi penyembelihan serta pengurusan sisa ternakan untuk mengelakkan risiko jangkitan penyakit zoonotik. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!