Bayi alami pendarahan otak, pengasuh direman tujuh hari

Iklan
Seorang pengasuh (tengah) ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung bayi perempuan berusia lima bulan yang mengalami pendarahan otak serta patah tangan kiri.

KEMAMAN - Seorang pengasuh ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bayi perempuan berusia lima bulan yang mengalami pendarahan otak serta patah tangan kiri selepas dihantar ke kediamannya di Taman Banggol Indah, Paya Berenjut.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin, pada Sabtu bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Iklan
Iklan

Terdahulu, pengasuh berusia 29 tahun itu ditahan polis kira-kira jam 3.30 petang Jumaat di kediamannya bagi membantu siasatan.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan polis akan mengambil keterangan seorang pengasuh bagi membantu siasatan berhubung kes bayi perempuan berusia lima bulan yang mengalami pendarahan otak dan patah tangan kiri pada Khamis.

Iklan

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, ini berikutan pihaknya menerima laporan polis yang dibuat pada jam 1.30 petang daripada seorang pegawai perubatan yang merawat bayi berkenaan.

Menurut Hanyan, ibu mangsa menerima panggilan daripada pengasuh yang memberitahu anaknya sakit dan demam.

Iklan

Katanya, ibu mangsa membawa bayi itu ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan kira-kira jam 11.30 pagi, selepas ibu mangsa mendapati anaknya dalam keadaan tidak bermaya.

Hanyan berkata, hasil pemeriksaan daripada doktor mendapati bayi tersebut mengalami patah tangan kiri selain rawatan lanjut turut mendapati terdapat pendarahan dalam otak mangsa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!