Hoe Yean raih emas di Singapura

Iklan
Khiew Hoe Yean berjaya menghadiahkan pingat emas buat negara selepas muncul juara acara 400 meter (m) gaya bebas di Kejohanan Renang Kebangsaan Singapura pada Sabtu. Foto fail Bernama

ATLET renang lelaki kebangsaan Khiew Hoe Yean berjaya menghadiahkan pingat emas buat negara selepas muncul juara acara 400 meter (m) gaya bebas di Kejohanan Renang Kebangsaan Singapura hari ini.

Ho Yean yang masih memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 terlebih dahulu tiba di garisan penamat dengan catatan masa 3 minit 50.54 saat (s), mengetepikan wakil tuan rumah Jerald Lium yang mencatat masa 3:55.36s diikuti satu lagi wakil negara Jayden Tan 3:56.65s.

Iklan
Iklan

Catatan itu bagaimanapun belum memadai untuk melayakkan atlet berusia 21 tahun itu ke Sukan Olimpik Paris.

Dalam aksi wanita, perenang negara Phee Jinq En berjaya meraih pingat perak bagi acara 50m kuak dada selepas mencatat 31.94s.

Iklan

Perenang Singapura, Letitia Sim meraih emas dengan masa 31.36s manakala wakil Thailand Saovanee Boonamphai meraih gangsa dengan catatan 32.62s. -Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!