Faisal Halim muncul di Stadium MBPJ

Iklan
Faisal (tengah) bersama isteri dan anak menyaksikan saingan Piala FA yang menemukan Selangor FC dan Negeri Sembilan FC di Petaling Jaya pada Sabtu. Foto Stadium Astro

PEMAIN sensasi, Faisal Halim muncul buat kali kedua di khalayak ramai apabila hadir ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor sebentar tadi.

Kemunculan pemain berusia 26 tahun itu bagi menyaksikan perlawanan Piala FA yang menemukan pasukannya, Selangor FC dan Negeri Sembilan FC.

Iklan
Iklan

Faisal pada Khamis tampil buat kali pertama dalam sidang media bagi memaklumkan perkembangan terbaharunya selepas dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta di Shah Alam pada 25 Mei.

Pemain yang berasal dari Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu mengalami kelecuran tahap empat akibat simbahan asid oleh pihak tidak bertanggungjawab ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei.

Iklan

Ketika tiba di tempat duduk stadium Faisal yang diiringi oleh beberapa Marshall melambaikan tangan kepada penonton.

Pemain itu yang memakai jersi berwarna kuning turut melindungi tangannya dengan sarung lengan bagi mengelak terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

Iklan

Faisal yang mesra disapa Mickey turut ditemani isteri, Nur Syazwani Mizuana Shahril dan anak, Khalish Aryan selain bapanya, Abdul Halim Saad serta anggota keluarga lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!