MED dijenamakan semula sebagai MEDAC

Iklan
Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) selaras dengan inisiatif kerajaan untuk memperkasakan gerakan koperasi.

Penjenamaan itu diputuskan pada Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Iklan
Iklan

Kementerian berkenaan diterajui oleh Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan Timbalannya, Datuk Dr Hatta Ramli.

Kementerian Pembangunan Usahawan ditubuhkan pada 8 Mei 1995 bagi menggantikan Kementerian Perusahaan Awam (KPA).

Iklan

Ia bertujuan untuk memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap pembangunan usahawan.

Pada 27 Mac 2004, kerajaan melakukan penyusunan semula kementerian itu dengan menjadikannya sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Iklan

Pada 2009, kementerian ini dihapuskan dan fungsinya diserapkan ke kementerian lain, namun pada 2018, Pakatan Harapan (PH) mengembalikannya semula.

ARTIKEL BERKAITAN: MED lakukan penjenamaan semula: Mohd Redzuan