Wajib hantar pasukan acara regu berpasukan Piala Raja Thai 2024

Iklan
Regu negara ketika menggalas cabaran dalam Divisyen Premier Sepak Takraw Piala Raja Thai 2023.

SETIAP negara mengambil bahagian dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thai 2024 Divisyen Premier yang dijadualkan berlangsung di Korat, Thailand dari 1 hingga 8 September depan diwajibkan menghantar pasukan bagi acara regu berpasukan.

Itu perkongsian Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), Abdul Halim Kader selepas Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan

Iklan
Iklan

Sepak Takraw Piala Raja Thai 2024, ISTAF dan Persatuan Takraw Thailand di Bangunan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Thailand, Bangkok.

"Keperluan baharu ini bertujuan untuk meningkatkan tahap persaingan dan memastikan aksi pasukan terbaik dipertontonkan dalam kategori berprestij ini.

Iklan

"Jadi ISTAF dan Persatuan Takraw Thailand melihat tiba masa untuk semua ahli gabungan memandang lebih jauh ke hadapan bagi menambah dimensi menarik kepada antara kejuaraan tertua dunia ini

"ISTAF komited bekerjasama rapat dengan Persatuan Takraw Thailand untuk menyampaikan acara bertaraf dunia berprestij dalam kalendar sepak takraw.

Iklan

"Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thai 2024 juga merupakan pentas setiap negara mempamerkan produk masing-masing ke peringkat tertinggi dengan persaingan lebih sengit dan berkualiti selain aksi mendebarkan dan menarik kepada komuniti takraw seluruh dunia," katanya pada Sabtu.

Kejuaraan edisi ke-37 akan menampilkan pelbagai acara bagi kedua-dua pasukan lelaki dan wanita dalam tiga kategori.

Kategori Premier lelaki dan wanita melibatkan Acara Regu Berpasukan (wajib), Acara Regu, Acara Beregu, Acara Beregu Campuran, Acara Kuadran Campuran,Acara Campuran Regu dan satu acara tambahan Acara Hoop.

Sementara itu, Divisyen Satu lelaki dan wanita pula melibatkan Acara Regu, Acara Campuran Regu, Acara Beregu, Acara Beregu Campuran, Acara Kuadran Campuran dan satu acara tambahan Acara Gelung.

Saingan Divisyen Dua pula menawarkan kategori lelaki bagi negara baharu yang buat pertama kali menyertai kejuaraan iaitu Acara Regu, Acara Campuran Regu, Acara Beregu, Acara Beregu Campuran, Acara Kuadran Campuran dan acara tambahan Acara Gelung.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!