Terap kebijaksanaan Tuah, keberanian Jebat
Iklan
MESKIPUN baharu setahun dua bulan Kerajaan Perpaduan diterjemahkan di Melaka namun ia telah menunjukkan kombinasi yang membawa kepada kesepaduan dan kesepakatan di negeri itu yang diketuai oleh Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke-13.
Ikuti wawancara eksklusif oleh NOR FARHANA YAACOB dan ABDUL HALIM WAHID yang turut dihadiri Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli; Pengarang Eksekutif (Digital), Ruzy Adila Idris dan Penerbit Program, Haizir Othman bersama Ab Rauf bagi mengupas isu semasa di Melaka termasuk pembangunan dan perancangan akan datang yang akan dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara ini.
Ab Rauf bersama Zamri (dua dari kiri), Ruzy Adila (dua dari kanan), Haizir dan Nor Farhana selepas wawancara eksklusif Sinar Harian di Seri negeri, Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.