Ibu Fadhlina meninggal dunia

Iklan
Siti Zalikhah disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 pagi Ahad.

SHAH ALAM - Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek iaitu Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 pagi Ahad.

Pejabat Menteri Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, jenazah kini berada di Hospital Serdang dan pihak keluarga akan memberi maklumat lanjut berkenaan urusan pengurusan jenazah dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Allahyarham ialah insan yang banyak berjasa kepada nusa, seorang pendidik bangsa, seorang aktivis masyarakat sejak zaman muda hingga akhir usianya.

"Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham Dr Siti Zalikhah Md Nor dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Iklan

"Kami juga merakamkan ucapan takziah kepada Fadhlina dan keluarga atas kehilangan ini. Semoga tabah dalam menghadapi ketentuan ilahi ini,” katanya pada Ahad.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan