Van Dijk kritik keadaan padang

Iklan
Van Dijk

KAPTEN Belanda, Virgil van Dijk menggambarkan keadaan padang yang teruk di Volksparkstadion menjelang perlawanan pembukaan Euro 2024 di mana pasukannya akan menentang Poland pada Ahad sebagai memalukan.

Kedua-dua pasukan menyatakan kebimbangan mengenai padang dan tidak mengadakan sesi latihan pra-perlawanan terakhir mereka di stadium di Hamburg itu.

Iklan
Iklan

"Nampaknya padang adalah sama seperti perlawanan di Frankfurt ketika kami menentang Jerman.

"Lapisan atas mungkin akan longgar dengan cepat. Itu sudah tentu memalukan, tetapi kedua-dua pasukan perlu menanganinya," kata Van Dijk pada sidang akhbar pada hari Sabtu dan dia menegaskan keadaan sama dengan padang yang digunakan untuk perlawanan persahabatan Belanda menentang Jerman di Frankfurt pada Mac.

Iklan

Belanda mengadakan latihan terakhir mereka di pangkalan pasukan mereka di Wolfsburg sebelum membuat perjalanan ke Hamburg.

"Kami memilih untuk melakukan latihan terakhir di Wolfsburg,” kata jurulatih Ronald Koeman.

Iklan

Belanda berharap untuk membuat permulaan kukuh ke Kumpulan D, dengan perlawanan menentang pasukan kegemaran kejohanan Perancis akan menyusul Jumaat depan sebelum menentang Austria pada 25 Jun.

Belanda akan menentang Poland apada aksi pembukaan Kumpulan D pada Ahad sebelum bertemu pasukan pilihan Perancis dan perlawanan terakhir kumpulan menentang Austria.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!