Biarpun tewas, KDN FC tetap tunjuk peningkatan - Rezal Zambery

Iklan
Pemain JDT, Juan Muniz Gallego (dua dari kanan) diasak pemain pertahanan Kelantan Darul Naim FC Oday Ali Abdalrahim Kharoub (kanan) pada perlawanan Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim. Foto Bernama

BIARPUN tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT), namun penolong ketua jurulatih pasukan Kelantan Darul Naim (KDN FC), Rezal Zambery Yahya berpuas hati dengan prestasi anak buahnya pada aksi Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam tadi.

Beliau berkata, barisan pemain menunjukkan peningkatan dan mengekalkan mentaliti melawan sehingga memaksa tuan rumah bekerja keras untuk mencari gol pada babak pertama.

Iklan
Iklan

"Pada saya memang pemain sudah menunjukkan prestasi yang boleh dikatakan mencapai apa yang kita mahukan. Dalam separuh masa pertama memang kita cuba mengekang jika JDT datang menyerang.

"Dalam separuh masa kedua bila kita terus bertahan, kita cepat sangat kehilangan bola...itu menambah tekanan di bahagian pertahanan dan selepas itu kita dihukum dengan dua sepakan penalti. Ia agak sukar untuk kita bangkit apabila bahagian serangan tidak beraksi seperti mana yang kita rancangkan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Iklan

Rezal Zambery mengakui beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi meningkatkan bahagian serangan KDN pada perlawanan berikutnya.

"Saya rasa sekarang ini kita fokus pada bahagian serangan, maksudnya pergerakan keseluruhan pasukan...kita akan lebih fokus pada serangan, jana bentuk serangan dan apa yang penting pada kita adalah cipta seberapa banyak peluang (serangan),” katanya.

Iklan

Perlawanan malam tadi menyaksikan KDN tunduk 0-4 kepada JDT dan gol kemenangan tuan rumah diperoleh menerusi Fernando Forestieri, Romel Morales Francisco Geraldes dan Arif Aiman.

Sementara itu, ketua jurulatih JDT Hector Bidoglio berkata, mengakui KDN bermain dengan baik dan sukar dibolosi mereka.

"Ia perlawanan yang sukar, terutama di separuh masa pertama, pasukan lawan bermain bagus dan sukar untuk kita mencari ruang untuk menendang bola masuk kita tetap berjaya juga menembusi gol mereka.

"Separuh masa kedua adalah berbeza kerana dari segi dinamik permainan kita telah perbaiki dengan kita menggerakkan bola dari sisi ke sisi dan kami menyerang dengan baik jadi secara keseluruhan saya berpuas hati persembahan mereka hari ini,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!