Persiapan Sempena Hari Aidiladha

Iklan
Warga Seremban dilihat membeli barangan keperluan sebagai persiapan akhir sempena hari mantai menjelang Aidiladha di Pasar Besar Seremban hari ini.

Hari mantai amat sinonim dengan masyarakat di Negeri Sembilan khususnya di Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin iaitu acara menyediakan barangan masakan, ayam serta daging sembelihan iaitu sehari sebelum ketibaan Hari Raya Aidiladha, Aidilfitri ataupun Ramadan.

Umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha pada esok.