Anak risau bapa hilang selepas keluar memancing

Iklan
Abdullah dipercayai hilang selepas keluar memancing pada Sabtu.

BAGAN DATUK - Seorang warga emas hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Parit Haji Tahir di sini pada petang Sabtu.

Menurut anaknya, Muhammad Fitri Abdullah, 39, bapanya, Abdullah Ismail, 75, keluar rumah difahamkan untuk pergi memancing namun tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.

Iklan
Iklan

Bapanya itu keluar bersendirian memakai baju-t berwarna mereka menaiki motosikal jenis SYM dengan nombor pendaftaran AKW 5340 berwarna kuning.

"Ayah tinggal berdua dengan mak sahaja. Memang dia selalu keluar dan sebelum ini pernah hilang tetapi ada orang jumpa. Tapi kali ini dia tak balik sampai sekarang. Itu yang merisaukan kami sekeluarga.

Iklan

"Semalam kira-kira jam 3 petang ada orang nampak dia bawa pancing lalu kawasan Sungai Dulang dan kali terakhir sepupu saya nampak dia di Bagan Pasir lebih kurang jam 6 petang," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Muhammad Fitri berkata, bapanya keluar membawa telefon yang baharu dibeli dengan nombor berbeza menyebabkan ahli keluarga tidak dapat menghubunginya.

Iklan

Menurutnya, kesemua ahli keluarganya sedang berusaha mencari sehingga ke Teluk Intan selain membuat hebahan melalui akaun media sosial namun pencarian tersebut masih belum membuahkan hasil.

Jelasnya, laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat jika bapanya masih belum ditemui bagi mendapatkan bantuan pihak berkuasa mengesan warga emas itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu tersebut boleh menghubungi Muhammad Fitri di talian 011-21305331.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!