Dua rakan cuba larikan diri, himpit kereta polis elak ditahan

Iklan
Gambar hiasan

JEMPOL - Takut diperiksa polis, dua rakan bertindak melarikan diri dengan cuba menghimpit kenderaan polis dalam kejadian di bahu jalan sebuah bank di Jalan Dato Jempol, Bahau pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, semasa anggotanya melakukan penugasan ronda cegah jenayah kira-kira jam 8 malam, telah ternampak sebuah kereta Perodua Bezza dinaiki lelaki dan wanita masing-masing berusia 45 dan 46 tahun dalam keadaan mencurigakan.

Iklan
Iklan

"Anggota berkenaan menyalakan lampu becon kenderaan pasukan dan turun ke arah kereta tersebut, sebelum memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta pasangan itu memberikan kad pengenalan.

"Secara tiba-tiba suspek lelaki (pemandu) telah mengundurkan kereta dan melanggar sebuah kereta orang awam serta cuba menghimpit kenderaan polis untuk melarikan diri," katanya pada Ahad.

Iklan

Ujarnya, polis kemudiannya mengejar suspek sejauh satu kilometer iaitu sehingga jalan mati di jalan Dato Thong Hiang Kim, Bahau dan berjaya menahan kenderaan suspek.

"Suspek seterusnya dibawa ke balai polis Bahau untuk tindakan lanjut. Punca kedua-dua suspek melarikan diri kerana berasa takut serta mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah.

Iklan

"Hasil ujian air kencing ke atas suspek adalah negatif dadah. Berdasarkan semakan pula mendapati suspek lelaki mempunyai empat rekod lampau jenayah, manakala suspek wanita mempunyai 19 rekod lampau jenayah dan dadah.

"Kes ini seterusnya disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya.