Aidiladha: Aliran trafik masih lancar, pengguna diminta waspada kemalangan

Iklan
Keadaan aliran trafik berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan di Plaza Tol Duta pada Sabtu. Foto Bernama --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih lancar pada 4 petang ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan jumlah kenderaan sedikit meningkat berbanding hari biasa di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) namun trafik masih terkawal.

Iklan
Iklan

"Kesemua pengguna diminta berwaspada ketika berada di jalan raya kerana terdapat peningkatan jumlah kemalangan setakat hari ini antaranya di KM251.6 arah selatan dari Senawang ke Pedas Linggi dengan lorong kanan terhalang dan menyebabkan trafik perlahan sepanjang tiga kilometer.

"Selain itu, kemalangan di persimpangan Sungai Buloh arah utara dari Restoran Jejantas Sungai Buloh ke persimpangan Sungai Buloh dan di KM309.8 arah utara dari Tapah ke Gopeng, namun trafik di kedua-dua lokasi didapati terkawal,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Iklan

Akaun rasmi X PLUS Trafik pula memaklumkan terdapat nahas dilaporkan berlaku di KM334.3 arah selatan dari Tapah ke Bidor menyebabkan aliran trafik perlahan sepanjang tiga kilometer.

PLUS Trafik juga memaklumkan terdapat kesesakan selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju pusat bandar. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!