Suasana Arafah simulasi Padang Mahsyar

Iklan
Pentadabur, Mohamad Zarifi Mohamad Daud (kiri). Suasana Program Arafah #QuranHour diadakan secara dalam talian di platform Facebook dan YouTube QuranHour serta Sinar Harian.

SHAH ALAM - Suasana di Arafah dengan berpakaian ihram mengingatkan umat Islam akan kematian dan mencerminkan simulasi suasana ketika manusia dikumpulkan di Padang Mahsyar kelak.

Pentadabur program Arafah #QuranHour, Fazrul Ismail berkata, ALLAH mengingatkan kepada manusia pada ayat pertama surah al-Hajj bahawa semuanya sama pada hari tersebut walaupun pelbagai jawatan, agama dan kaum di atas dunia.

Iklan
Iklan

"Perkara itulah menjadi satu simulasi yang kita fahami, pada hari Arafah semua serupa sama ada dari Indonesia, Malaysia, New Zealand, Amerika Syarikat atau bumi Makkah. Kita perlu sedar bahawa suatu hari nanti kita akan bertemu dengan ALLAH dan apakah realiti yang perlu siapkan daripada sekarang.

"Kita juga perlu perlu membina taqwa dan beramal agar diredai ALLAH. Apabila ingin beramal jangan sesekali suka berjidal, bergaduh dan berbeza pendapat pada perkara tidak sepatutnya tetapi berusahalah bersatu untuk mengikut suruhan ALLAH.

Iklan

"Suatu hari nanti kita akan bertemu dengan ALLAH, sesungguhnya goncangan hari kiamat itu adalah satu perkara yang dahsyat," katanya.

Para peserta mengikuti Program Arafah #QuranHour diadakan secara dalam talian di platform Facebook dan YouTube QuranHour serta Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas surah al-hajj ketika program Arafah #QuranHour.

Iklan

Program Arafah #QuranHour diadakan secara dalam talian di platform Facebook dan YouTube QuranHour serta Sinar Harian.

Program yang bertemakan ‘Reset Takwa’ itu mengangkat dua surah utama iaitu al-Jumu’ah dan al-Hajj sempena perhimpunan terbesar umat Islam di Padang Arafah, Makkah pada hari tersebut.

Sebanyak 51 lokasi di 14 negeri Rumah Ngaji turut menganjurkan Arafah #QuranHour.

Sementara itu, seorang lagi pentadabur, Mohamad Zarifi Mohamad Daud berkata, Islam mengajar kepada semua penganutnya bahawa menunaikan haji merupakan kemuncak amalan ibadat.

Katanya, ketika melakukan ibadat haji dan melafazkan talbiyah sudah pasti jiwa seseorang akan merindukan keampunan ALLAH.

"Dalam masa sama kita juga memberikan ikrar untuk menjaga akidah dan tauhid dengan sentiasa tasbih meninggikan ALLAH. Kita mungkin kadang kala alpa namun perlu sentiasa berzikir bagi melahirkan jiwa yang kuat.

"Marilah kita menjadi orang yang sentiasa bersangka baik kepada ALLAH. Pada hari Arafah kita membanyakan doa yang tulus dan ikhlas.

"Semoga ALLAH mengampunkan kita yang berlumur dosa. Marilah kita berdoa supaya individu yang berjaya tranformasi diri ke arah kebaikan," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!