Skuasy: Malaysia sapu bersih gelaran juara berpasukan Asia

Iklan
Malaysia menyapu bersih kedua-dua gelaran berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 di Dalian, China. Foto Squash Racquets Association of Malaysia

MALAYSIA mendominasi perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 dengan menyapu bersih kedua-dua gelaran berpasukan lelaki dan wanita di Dalian, wilayah Liaoning, China, pada Ahad.

Pasukan wanita negara berjaya merampas kembali kejuaraan dengan menumbangkan juara bertahan Hong Kong 2-0.

Iklan
Iklan

Ratu skuasy wanita negara, N Sivasangari memulakan rentak kemenangan Malaysia dengan menyumbang mata pertama dengan mengatasi Ho Tze Lok, dalam pertarungan lima set, menurut laman sesawang https://worldsquash.tv/sportitem/6644bb3a2573fe036b95bd57.

Pemain nombor 10 dunia dan juara Sukan Asia Hangzhou 2022, Sivasangari mencatatkan kebangkitan menakjubkan selepas ketinggalan set pertama untuk menang 3-2 (10-12, 13-11, 11-6, 10-12, 11-8).

Iklan

Perseorangan kedua negara, Rachel Arnold jelas meneruskan momentum kemenangan untuk mengesahkan kemenangan mutlak apabila mengecewakan Tong Tsz Wing 3-0 (11-6, 11-5, 11-8).

Kemenangan yang memberangsangkan ini mengesahkan dendam manis Malaysia terhadap Hong Kong yang telah memusnahkan harapan mereka untuk gelaran berturut-turut pada final 2022.

Iklan

Jurulatih kebangsaan, Shahril Shahidan memuji ketabahan Sivasangari dan menyerlahkan fokus dan ketenangan Rachel pada perlawanan akhir.

"Sivasangari mencipta kebangkitan yang baik...ia adalah perlawanan naik-turun untuknya hari ini, terutama apabila memperagakan aksi santai. Pada set terakhir, dia ketinggalan 7-2 tetapi selepas itu dia bermain dengan sangat baik.

"Rachel menampilkan aksi terbaik dan memberi tumpuan selepas mendahului 1-0. Kami tidak menjangka Tong tidak bermain dengan baik kerana mungkin tertekan untuk menang,” katanya.

Sementara itu, skuad lelaki negara mencetuskan keterujaan dengan mengetepikan Hong Kong 2-1.

Pemain nombor satu negara, Ng Eain Yow memulakan perlawanan akhir dengan cemerlang apabila menewaskan Lau Tsz Kwan 3-0 (11-7, 11-8, 11-8) tetapi kedudukan kemudian terikat 1-1 selepas Addeen Idrakie tewas kepada Henry Leung 1-3 (11-4, 7-11, 2-11, 7-11).

Bagaimanapun, pemain nombor 130 dunia, Ameeshenraj Chandaran muncul wira negara apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan pemain nombor 88 dunia Tang Ming Hong 3-1 (8-11, 11-8, 11-6, 11-4).

Ia merupakan gelaran kedua yang diraih skuad lelaki negara dalam tiga edisi terakhir selepas muncul juara pada 2021. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!