Pukul tukang pasang mozek, pecah cermin van gara-gara cemburu

Iklan
Keadaan cermin van mangsa yang retak diketuk suspek. (Foto PDRM)

JEMPOL - Seorang lelaki bukan sahaja memukul seorang tukang pasang mozek hingga cedera, malah memecahkan cermin hadapan van gara-gara cemburu mangsa kerap keluar dengan isterinya dalam kejadian di tepi jalan di Pekan Bahau pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian pada jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 50 tahun didatangi seorang lelaki yang dikenali juga berusia 50 tahun bertindak memukulnya menggunakan sebatang kayu mengenai tangan kanannya.

Iklan
Iklan

"Suspek kemudiannya bertindak mengetuk cermin hadapan van mangsa sehingga retak," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Chang Hook berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perasaan cemburu kerana mangsa selalu keluar dengan isteri suspek.

Iklan

Katanya, mangsa juga didapati telah berkahwin dan mempunyai tiga anak

"Suspek memukul mangsa sekali sahaja dan selepas mengetuk cermin van, suspek telah membuang kayu tersebut lalu balik ke rumah.

Iklan

"Kejadian ini turut disaksikan oleh anak suspek yang berada dalam kereta dan mangsa mengalami kerugian RM300," katanya.

Katanya, mangsa telah menerima rawatan di Hospital Jempol dan doktor mengesahkan pengadu mengalami ‘soft tissue injury’.

"Tangkapan dan telah dilakukan keatas suspek serta untuk tindakan selanjutnya.

"Kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan/427 Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!