Ibadah korban untuk bantu golongan memerlukan - Sanusi

Iklan
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengingatkan keutamaan umat Islam dalam melaksanakan ibadah korban adalah dengan memberi makan kepada golongan fakir dan miskin.

Beliau berpandangan, ini amat signifikan dalam suasana kenaikan kos hidup terutama harga barangan keperluan yang disebabkan oleh penarikan subsidi diesel baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau menekankan bahawa adalah amat penting bagi masyarakat untuk kembali kepada falsafah ibadah korban iaitu membantu golongan kurang berkemampuan.

"Sebagai orang beriman, kita perlu meyakini janji-janji ALLAH SWT bahawa tidak akan berkurang bagi sesiapa yang ikhlas bersedekah kepada saudaranya yang memerlukan, malah akan bertambah.

Iklan

"Dengan itu, mudah mudahan kita bukan sahaja akan dapat pahala sebagai bekalan akhirat malah juga akan ditambahkan rezeki di dunia," katanya dalam satu perutusan Aidiladha pada Isnin.

Beliau memberitahu, inilah falsafah yang cuba terapkan dengan usaha menjadikan Kedah sebagai 'Negeri Tempat Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Menabur Bakti'.

Iklan

"Dengan masyarakatnya hidup dalam suasana berkasih sayang dan sentiasa prihatin antara satu sama lain, kita mahu Kedah menjadi negeri impian dan dambaan semua orang," katanya.

Sehubungan itu, Muhammad Sanusi mengajak rakyat sama-sama menjiwai semangat pengorbanan untuk sama-sama sanggup bersusah payah dalam meringankan beban sesama kita bersempena Aidiladha.

Beliau berkata, mudah-mudahan dengan itu, ALLH SWT akan menurunkan rahmat dan mempermudahkan urusan rakyat semua dunia akhirat.

Menurutnya lagi, inilah masanya untuk semua menjiwai semangat pengorbanan dan kesanggupan untuk membantu saudara kita yang sedang dalam kesusahan terutamanya saudara di Palestin sedang dibantai Zionis.

Beliau turut berharap Aidiladha ini dijadikan untuk umat Islam mendekatkan diri kepada ALLAH SWT serta mengeratkan lagi kasih sayang dan semangat persaudaraan Islam yang membawa berkat kepada kehidupan di dunia dan keselamatan di hari akhirat.

"Selamat Meraikan Aidiladha buat semua umat Islam yang saya kasihi khususnya di Kedah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!