Zii Jia sudah sedia harungi Olimpik Paris 2024

Iklan
Lee Zii Jia

PEMAIN badminton perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia menyifatkan kejayaan merangkul kejuaraan Terbuka Australia sebagai motivasi terbaik menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 dari 27 Julai hingga 5 Ogos depan.

Malah Zii Jia yang antara sandaran Malaysia untuk membawa pingat emas sulung negara dari Sukan Olimpik mengakui mentaliti sudah bersedia untuk mengharungi cabaran di temasya sukan terbesar dunia tersebut.

Iklan
Iklan

"Itu sesuatu yang positif kepada saya dalam persediaan mengharungi cabaran di Sukan Olimpik Paris 2024

"Banyak perkara yang positif dalam tempoh empat lima minggu ini. Cuma selepas ini saya perlu berehat bagi 'recharge' semula sebelum kembali untuk kempen Sukan Olimpik Paris 2024," katanya.

Iklan

Zii Jia sebelum itu menambah koleksi kejuaraan tahun ini apabila menjuarai Terbuka Australia di Quaycentre, Sydney, pada Ahad.

Kejuaraan Super 500 itu menjadi milik Zii Jia selepas menewaskan pemain Jepun, Kodai Naraoka dalam perlawanan akhir yang berlangsung selama 78 minit.

Iklan

Zii Jia yang tampil dengan reputasi juara Terbuka Thailand Super 500 bermula garang, biarpun kemudiannya diajak berhempas pulas sebelum menang 21-19 set pertama.

Set kedua, Kodai Naraoka yang berstatus nombor enam dunia pula kembali garang apabila meninggalkan jauh pilihan nombor lapan dunia itu 21-11 bagi mengheret perlawan ke set penentuan.

Set ketiga, pemain berusia 26 tahun itu yang bermula agak ketinggalan, namun kematangannya sekali lagi menyaksikan naib juara Malaysia Masters Super 500 tersebut bangkit mengejar Kodai Naraoka sebelum menang, 21-18.

Kemenangan itu membolehkan Zii Jia membawa pulang hadiah AS$31,500 (RM148,069) manakala Naraoka juga tidak pulang tangan kosong apabila meraih AS$15,960 (RM75,022).

"Sejujurnya saya tidak pernah terfikir mara ke perlawanan akhir, apatah lagi menjuarai kejuaraan dengan cara sebegini.

"Ini antara perlawanan akhir yang paling mencabar sepanjang karier saya, malah Kodai (Naraoka) juga menampilkan tentangan sengit dalam memburu kemenangan.

"Kedua-dua kami menampilkan aksi terbaik masing-masing dalam perlawanan akhir ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!