5,500 sukarelawan haji terus sampaikan perkhidmatan kesihatan penting

Iklan
Jemaah haji menunaikan ibadah melontar Jamrah Kubra di Mina. Foto Bernama

MINA - Kira-kira 5,500 sukarelawan kesihatan kekal berdedikasi menjamin kesejahteraan jemaah sepanjang musim haji 1445 Hijrah, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Sukarelawan berkenaan membentuk pasukan perubatan khas yang ditempatkan di hospital dan pusat kesihatan di seluruh Makkah untuk memastikan persekitaran selamat dan sihat bagi jemaah haji.

Iklan
Iklan

Tugas sukarelawan terbabit merangkumi pemantauan kes kecemasan, menawarkan nasihat dan bimbingan kesihatan dan memberi rawatan perubatan yang diperlukan di dalam Masjidil Haram dan hospital-hospital berhampiran.

Pada 14 Zulhijjah, pasukan sukarelawan ini akan kembali ke Madinah dan kawasan lain yang ditetapkan bagi terus menyediakan penjagaan kesihatan kepada jemaah haji semasa perjalanan pulang. - Bernama

Iklan
Iklan