LILONGWE - Seramai empat orang termasuk seorang wanita hamil terbunuh ketika menyertai perarakan pengebumian bekas naib presiden Malawi, Saulos Chilima di daerah Ntcheu, pada Ahad.
Insiden berlaku apabila kenderaan yang membawa jasad Chilima merempuh mereka yang hadir, mengakibatkan empat orang terbunuh manakala 12 lagi cedera, lapor Xinhua memetik media tempatan.