Lapan maut dalam trak sejuk beku di China

Iklan
Seramai lapan orang maut dipercayai sesak nafas ketika berada dalam sebuah trak sejuk beku di wilayah Henan, China. Gambar hiasan

BEIJING - Seramai lapan orang maut dipercayai sesak nafas ketika berada dalam sebuah trak sejuk beku di wilayah Henan, China, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan media rasmi China pada Isnin.

Menurut kerajaan tempatan, pemandu trak mendakwa dia mendapati lapan individu tidak sedarkan diri di dalam traknya sebelum menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Iklan
Iklan

Usaha menyelamatkan mereka gagal dan kesemua mangsa disahkan meninggal dunia awal pagi Ahad.

Pihak berkuasa melancarkan siasatan terhadap insiden itu, termasuk pemandu kenderaan.

Iklan

Butiran lanjut serta identiti kesemua"penumpang haram" itu belum dapat dipastikan. - Bernama

Iklan