JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan 40 individu terdiri daripada 37 warga tempatan dan tiga warga asing berumur 18 hingga 60 tahun dalam Op Mabuk di seluruh daerah di negeri ini sejak Ahad hingga pagi Isnin.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, 37 lelaki dan tiga wanita itu ditahan dalam operasi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu kenderaan dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan.