Pindaan Akta Kanak-kanak 2001 akan dibentang tahun ini - Nancy

Iklan
KPWKM kini dalam proses akhir membuat pindaan pada Akta Kanak-kanak 2001 dan dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini. Gambar hiasan Bernama

KUCHING - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini dalam proses akhir membuat pindaan pada Akta Kanak-kanak 2001 dan dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, selain menambah baik akta, pindaan itu juga selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang telah dikuatkuasakan sejak 1 September tahun lepas.

Iklan
Iklan

"Pada masa ini, Jabatan Pembangunan Kanak-kanak masih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, jadi perlu dipinda dari segi struktur dan pembahagian tugas selain melihat kepada undang-undang yang lain dan dibawa ke Parlimen.

"Mungkin ada pembaharuan, banyak perkara yang perlu disusun atur pada tahun ini dan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak akan berdiri di atas kaki sendiri pada 2026," katanya selepas Majlis Ibadah Korban di Surau Saidina Umar di Bandar Baru Samariang di sini pada Isnin.

Iklan

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketua Wanita MCA, Wong You Fong semalam agar KPWKM mengkaji semula dan mengukuhkan Akta Kanak-kanak serta perundangan yang berkaitan untuk memastikan perlindungan menyeluruh untuk kanak-kanak di bawah umur.

Beliau berkata, pindaan terbabit dibuat bukan atas gesaan mana-mana pihak, namun disebabkan banyak kejadian berlaku melibatkan kanak-kanak, pihaknya perlu menambah peraturan yang menyeluruh termasuk taska.

Iklan

Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ditubuhkan untuk mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menangani segera isu pengabaian dan penderaan kanak-kanak yang semakin meruncing berlandaskan kepada lima teras utama iaitu pencegahan, pembangunan, perlindungan, pemulihan dan pengintegrasian ke dalam masyarakat. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!