June Wei juara Piala Lin Dan

Iklan
June Wei muncul juara Kejuaraan Badminton Terbuka Shenzhen Piala Lin Dan yang berlangsung di Stadium Bao'an, Shenzhen, Wilayah Guangdong, selatan China. Foto Agensi

[DIKEMAS KINI] PEMAIN perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei muncul juara Kejuaraan Badminton Terbuka Shenzhen Piala Lin Dan yang berlangsung di Stadium Bao'an, Shenzhen, Wilayah Guangdong, selatan China.

Dalam perlawanan akhir kejuaraan berlangsung dari 15 hingga 16 Jun, June Wei yang juga anggota skuad Piala Thomas 2024 berstatus nombor 60 dunia menewaskan pemain China, Ren Cheng Ming straight set 22-20, 21-14.

Iklan
Iklan

Kejayaan merangkul kejuaraan setaraf Super 500 Siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) yang turut menarik penyertaan bekas pemain nombor satu dunia Korea Selatan, Son Wan-ho dan Heo Kwang-hee bagi edisi kelima itu membolehkan June Wei membawa pulang 200,000 Yuan (RM131,000).

Kejuaraan sempena mengambil nama bekas pemain nombor satu dunia dari China, Lin Dan diadakan di lima lokasi berbeza dalam setahun.

Iklan

Kejuaraan itu juga boleh disifatkan sebagai tonik buat June Wei yang menyertai kejuaraan Kaohsiung Masters Super 100, bermula Selasa selepas mendapat bye dalam pusingan 64, akan berdepan pemenang perlawanan antara pemain Taiwan, Liao Jhuo-Fu menentang wakil India, Raghu Mariswamy.

"Piala Lin Dan juga menghadirkan saingan sengit dalam kalangan pemain badminton dunia yang mengambil bahagian ketika tumpuan juga diberikan kepada kejuaraan Super Jelajah Dunia lain," ujar June Wei.

Iklan

Sementara itu, Lin Dan juga percaya kejuaraan tersebut akan menjadi satu lagi platform membentuk lebih ramai lagi pemain-pemain badminton bertaraf dunia pada masa depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!